Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan

    Majlis Ihya’ Ramadhan telah dirasmikan oleh Penolong Kanan sempena bulan Ramadhan. Majlis adalah bertujuan untuk "meraikan" bulan ramadhan dikalangan warga Convent beragama Islam. Majlis tersebut telah diadakan pada Jumaat, 15 Mac 2024. Satu gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Rusazniza Binti Alias, Penolong Kanan Pentadbiran yang baru berpindah ke SK Convent Butterworth. Bersempena dengan pelancaran tersebut, beberapa aktiviti dijalankan seperti bacaan Quran serta bacaan Yassin berkumpulan yang dijalankan Bersama-sama murid-murid yang beragama Islam setiap waktu rehat.