MAJLIS PELANCARAN PROMOSI PSS, NILAM DAN KEMPEN MEMBACA SATU MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 10 Februari, pihak sekolah telah melancarkan Majlis Pelancaran Promosi Pusat Sumber Sekolah, Nilam dan kempen membaca satu Malaysia peringkat sekolah. Ia adalah bertujuan untuk  memupuk minat warga SK Convent Butterworth terhadap aktiviti pembacaan. Pada hari tersebut, satu pelancaran telah diadakan dengan gimik yang telah dilakukan oleh Pengawas Perpustakaan dengan di rasmikan oleh Puan Norhayati Ahmad, PK Pentadbiran SK Convent Butterworth. Pada hati tersebut juga, satu persembahan oleh Pengawas-Pengawas Perpustakaan telah diadakan dengan tajuk lagu "Membaca Gaya Wawasan". Di samping itu, murid-murid juga dihimpunkan dan menjalankan pembacaan buku secara serentak termasuk para guru.