LDP 1 TAHUN 2020
Pada 11 Januari lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat sendiri tentang penglibatan dan perkembangan terkini Sekolah Kebangsaan Sekebun Sireh yang pernah dianugerahkan tempat pertama Sekolah Hijau oleh pihak Majlis Perbandaraan bagi 3 tahun berturut-turut. Ia juga adalah bertujuan untuk mempelajari setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang penyertaan warga SK Kebun Sireh di dalam pertandingan tersebut dan sebagai panduan dan motivasi warga SK Convent Butterworth untuk sama-sama menaiktaraf persekitaran sekolah supaya lebih kondusif dan lebih "hijau".

Tarikh : 11 Januari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi - 1.30 Tengahari
Tempat : Sk Kebun Sireh, Pulau Pinang
Penglibatan : Semua guru dan kakitangan sokongan