KEM KEPIMPINAN PEGAWAS

Pada 27 Februari, pihak sekolah telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas dan Pegawas Perpustakaan di Bukit Besar Kulim Sejumlah 80 orang murid telah terlibat di dalam kem tersebut. Murid-murid yang terlibat telah mengikuti beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Jurulatih-Jurulatih terlatih. Murid-murid ini juga telah di dedahkan dengan beberapa aktiviti yang menguji ketahanan dari segi mental dan fizikal. Murid-murid juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran. Antara aktiviti yang murid-murid telah lalui adalah laluan berhalangan, flying fox, Jungle Trekking dan banyak lagi. Murid-murid juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjasama dalam kumpulan bertujuan memupuk sifat kerjasama dan serta saling meyakini antara satu sama lain. Turut menceriakan Kem Kepimpinan tersebut adalah Pn Norhayati Binti Ahmad, Penolong Kanan 1 SK Convent Butterworth yang hadir menyampaikan ucapan.



KOLEKSI VIDEO