KEM JATI DIRI TAHUN 6 2020

Satu minggu sebelum cuti persekolahan penggal bermula, pihak sekolah telah menganjurkan satu lagi Kem untuk murid-murid SK Convent Butterworth. Kem Jati Diri Tahun 6 telah dijalankan pada 12 hingga 13 Mac 2020 itu telah dijalankan di Keda Resort, Bendang Man, Sik di Kedah. Kem tersebut telah dijalankan dengan peglibatan murid-murid Tahun 6 iaitu seramai 67 orang. Di dalam pada itu, kem tersebut juga diiringi oleh 8 orang guru untuk tujuan pemantauan dan bantuan. Murid-murid di kem tersebut telah dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang mana mereka diajar untuk tidur di dalam kem besar yang berasingan. Kem yang berlangsung selama 2 hari dan 1 malam itu adalah bertujuan untuk memupuk keyakinan diri kepada setiap murid yang terlibat. Pelbagai altiviti telah dijalankan di Kem tersebut dan antaranya melibatkan kerjasama di antara ahli kumpulan untuk menguji salah satunya kerpercayaan di antara ahli kumpulan. Turut hadir ke pusat Kem tersebut ialah Puan Guru Besar, SK Convent BUtterworth, Puan Bedah Binti Rejab yang turut memantau perkembangan murid-murid. Semoga dengan adanya Kem seperti ini, murid-murid SK Convent Butterworth, khususnya murid-murid Tahun dapat membina keyakinan diri dan lebih berusaha untuk lebih berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang.



KOLEKSI VIDEO