Pihak sekolah telah menjalankan Sesi LDP (Latihan Dalam Kumpulan) pada 22 Februari 2020 di Perpustakaan SK Convent Butterworth. Pada LDP kali ini, pihak sekolah telah menjemput Pn Hjh Zainun Bt. Muhamad Ahli Jemaah Nazir untuk memberi ceramah yang bertajuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2 (SKPMg2) dan En Muhammad Marzilan Bin Abdullah (JU Sekolah) dengan tajuk Google Classroom. Pada sesi LDP kali ini guru-guru di dedahkan dengan beberapa kemahiran semasa yang meliputi pengetahuan sedia ada dan baru.
Pada LDP 2 sesi 1, guru-guru telah di dedahkan tentang latarbelakang SKPMg2 yang mana ia adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa. Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Pada LDP 2 sesi 2, En Muhammad Marzilan Bin Abdullah telah memberi ceramah tentang pengenalan kepada Google Classroom. Guru-guru telah di tunjuk cara bagaimana untuk log-in sebagai guru dan bagaimana untuk "invite" murid-murid ke dalam Kelas Online masing-masing. Sejurus penamatan fasa 2 projek 1BestariNet pada 30 Jun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan yang mana Google Classroom akan menggantikan Frog VLE mulai tempoh interim sebagai platform digital pembelajaran. Jadi, ada baiknya sekiranya Google Classroom di terapkan ke dalam Pembelajaran secara online pada masa kini.