PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN SAMBUTAN BULAN ANTIDADAH TAHUN 2020

Pada 17 Februari yang lalu, satu Majlis Permuafakatan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia peringkat sekolah telah diadakan. Ia adalah bertujuan untuk pelaksanaan Program Jom Ke Sekolah dan Sambutan Bulan Antidadah bagi Tahun 2020. Satu majlis khas telah diadakan pada sesi pagi persekolahan dan juga majlis yang sama dijalankan pada sesi petang. Di dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput tetamu kehormat Inspektor Nor Aziah Binti Hasan sebagai Perasmi pada majlis tersebut. Beliau juga telah dijemput untuk merasmikan acara gimik Program Jom Ke Sekolah dan Sambutan Bulan Antidadah bagi Tahun 2020 Peringkat Sekolah. Majlis tersebut juga di serikan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Malaysia Bersih dan Dadah Durjana. (Lirik-lirik lagu dan video-videonya di paparkan di bawah). Di samping itu juga, satu acara simbolik dimana satu Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah PPS di Buletin Displin telah dirasmikan oleh beliau. Semoga dengan rasminya program tersebut, murid-murid SK Convent Butterworth khususnya akan sentiasa rajin ke sekolah dan tidak melibatkan diri dengan gejala-gejala yang membuang masa dan sentiasa memajukan diri ke arah diri individu yang lebih Cemerlang.













VIDEO PERASMIAN




LIRIK LAGU "MALAYSIA BERSIH"




LIRIK LAGU "DADAH DURJANA"




VIDEO LAGU LAGU "MALAYSIA BERSIH"



VIDEO LAGU LAGU "DADAH DURJANA"