MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 2020

Pada 9 Mac yang lalu Panitia Bahasa Melayu telah menjalankan hari perasmian Minggu Bahasa Melayu. Minggu Panitia Bahasa Melayu adalah untuk memperkasakan Bahasa Melayu kepada warga SK Convent Butterworth. Aktiviti tahunan ini telah dirasmikan oleh Pn Bedah Binti Rejab, Guru Besar SK Convent Butterworth dengan gimik perasmian. Tema Minggu Bahasa Melayu yang telah di pilih ialah "Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa". Acara perasmian juga telah di adakan pada sesi petang dengan gimik perasmian oleh PK Petang, Pn Hanizar Binti Abdul Rahim. Di samping itu, guru-guru Bahasa Melayu sesi petang turut mengadakan persembahan ringkas dengan penyampaian sajak dan syair. Di dalam minggu tersebut beberapa aktiviti telah di jalankan yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga 6.




Video-Video Perasmian